|
Tarikh: Minggu ke-2 & Minggu ke-4 (Rabu-Sabtu)
Lokasi: Bilik Latihan PI Kg Baru Hilir Sri Aman
Masa: 2.00 Petang – 4.00 Petang
Peserta: 17 Orang Pelajar
|
Tujuan:
Program Latihan yang dijalankan adalah seperti Kelas Latihan Menaip yang bertujuan meningkatkan kemahiran menaip para pelajar dalam menggunakan Microsoft Office Word. Manakala Program Advokasi adalah bertujuan memberi pengajaran terhadap peserta tentang keselamatan di internet.
Pengisian:
Melalui program advokasi,peserta diberikan taklimat berkenaan dengan keselamatan penggunaan internet dan peserta tahu tentang keselamatan di internet. Manakala pengisian bagi program kelas latihan menaip,peserta disediakan teks cerita pendek sebagai bahan untuk di taip. Selain itu,peserta dapat mengisi masa lapang dengan sebaiknya dengan mengikut kelas ICT yang dianjurkan oleh petugas serta mengukuhkan kemahiran ICT mereka.