mcmc
Laporan Aktiviti

PROGRAM KEMPEN INTERNET SELAMAT DI SEKOLAH BULAN OGOS 2025

*Program Kempen Internet Selamat @ SK Sri Aman*

Tarikh : 6 OGOS 2025 (Rabu)
Masa : 10:00 pagi- 12:00 Tengah hari
Lokasi : SK Sri Aman
Peserta : 72 Orang Murid Tahap 2

Tujuan:

Pada 6 Ogos 2025, Sekolah Kebangsaan Sri Aman telah melakar satu lagi inisiatif hebat dalam mendidik pelajar tentang keselamatan di alam maya menerusi Program Kempen Internet Selamat yang berlangsung dari jam 10.00 pagi hingga 12.00 tengah hari. Seramai 72 orang murid Tahap 2 telah menyertai program ini dengan penuh semangat dan keterujaan!

🎯 Objektif Program:

Ini adalah untuk memberikan pendedahan awal tentang penggunaan internet yang selamat, beretika dan bertanggungjawab, khususnya dalam kalangan murid sekolah rendah.

Dalam sesi ini juga, pelantikan rasmi Kapten K-Dat Guru telah diberikan kepada Cikgu Jallaliah Binti Mohd Zakeria, manakala Kapten K-Dat Murid diberikan kepada adik Alvin Mcryan Anak Alban Nangkai, simbolik kepada tanggungjawab sebagai duta keselamatan siber dalam kalangan warga sekolah. Anugerah Khas turut diberikan kepada pelajar Kumpulan Terbaik ,Pelajar Terbaik Lelaki serta Pelajar Terbaik Perempuan.

Pengiktirafan ini diharap dapat memupuk motivasi dalam kalangan pelajar untuk terus mengamalkan budaya penggunaan internet yang bijak dan selamat.

*Program Kempen Internet Selamat @ SK Agama Sri Aman*

Tarikh : 11 OGOS 2025 (Isnin)
Masa : 2:00 Petang -5:00 Petang
Lokasi : SK Agama Sri Aman
Peserta : 153 orang Murid Tahap 1 & 153 orang Murid Tahap 2

Tujuan:

πŸ” β€œBijak Guna Internet, Elak Bahaya Siber”Dalam dunia yang serba digital hari ini, pengetahuan tentang keselamatan dalam talian amat penting, terutama untuk anak-anak kita. Justeru, NADI Kluster Sri Aman bekerjasama dengan SK Agama Sri Aman menganjurkan Kempen Internet Selamat khas buat pelajar-pelajar sekolah ini.

🎯 Objektif Program:

Mendidik pelajar mengenai keselamatan siber, Memberi kesedaran tentang bahaya buli siber dan penipuan dalam talian dan Menggalakkan penggunaan internet secara positif dan beretika.

Pelbagai aktiviti interaktif dan perkongsian menarik di jalankan bersama pelajar! Program ini dijangka dapat membina asas yang kukuh dalam penggunaan teknologi secara selamat dan bertanggungjawab.

*Program Kempen Internet Selamat @ SK Paku*

Tarikh : 15 OGOS 2025 (Jumaat )
Masa : 8:30pagi-9:30 pagi
Lokasi : SK Paku
Peserta : 39 Orang Murid Tahap 1&2

Tujuan :

Program ini bertujuan untuk mendidik dan menyedarkan para pelajar tentang penggunaan internet secara selamat dan bertanggungjawab, sejajar dengan era digital yang kian mencabar.

Kapten K-Dat Guru:Cikgu Kamariah binti Bujang Wali-ee Kapten K-Dat Pelajar : Adik Caroline Laie anak Collin

Objektif Program:

Mendidik pelajar mengenai keselamatan siber, Memberi kesedaran tentang bahaya buli siber dan penipuan dalam talian dan Menggalakkan penggunaan internet secara positif dan beretika.

Pelbagai aktiviti interaktif dan perkongsian menarik di jalankan bersama pelajar! Program ini dijangka dapat membina asas yang kukuh dalam penggunaan teknologi secara selamat dan bertanggungjawab.

*Program Kempen Internet Selamat @ SK Nanga Klassen *

Tarikh : 21 OGOS 2025 (Khamis )
Masa : 11:00 pagi – 1:00 tengah hari
Lokasi : SK Nanga Klassen
Peserta : 51 orang Murid

Tujuan:

Dalam era digital hari ini, keselamatan ketika menggunakan internet adalah sangat penting. Justeru, Program Kempen Internet Selamat ini dianjurkan bagi memberi kesedaran serta panduan kepada pelajar tentang cara:

  • βœ… Melindungi maklumat peribadi
  • βœ… Mengelakkan penipuan & buli siber
  • βœ… Menggunakan internet secara berhemah & bermanfaat

Objektif Program:

Program ini diharap dapat melahirkan pelajar yang celik digital, beretika, dan bijak menilai maklumat di alam maya.

  • πŸ“² Sama-sama kita jadikan internet sebagai ruang yang positif, selamat dan bermanfaat!

*Program Kempen Internet Selamat @ SMK LINGGA *

Tarikh : 24 OGOS 2025 (Ahad)
Masa : 11:00 pagi – 1:00 tengah hari
Lokasi : SMK Lingga
Peserta : 125 Orang Murid

Tujuan:

Dunia digital membuka ruang pembelajaran tanpa batas, namun pada masa yang sama turut membawa cabaran keselamatan.

Objektif Program:

Program Kempen Internet Selamat ini dianjurkan bagi memberi pendedahan kepada pelajar tentang:

  • βœ… Kepentingan melindungi maklumat peribadi
  • βœ… Bahaya penipuan & buli siber
  • βœ… Amalan penggunaan internet yang positif & beretika

πŸ’‘ Melalui kempen ini, pelajar akan lebih peka terhadap ancaman siber, serta mampu menjadi pengguna internet yang bijak, berhemah dan bertanggungjawab.

πŸ“² Mari bersama membina generasi muda yang celik digital, selamat & beretika di alam maya.

*Program Kempen Internet Selamat @SK Bakong *

Tarikh : 27 OGOS 2025 (Sabtu)
Masa : 10:00 pagi – 11:00pagi
Lokasi : SK Bakong
Peserta : 96 Orang Murid Tahap 1&2

Tujuan:

program ini bagi meningkatkan kesedaran tentang penggunaan internet yang selamat, beretika, dan bertanggungjawab.

Objektif Program:

  • βœ… Pendedahan tentang bahaya di alam maya
  • βœ… Tips & trik keselamatan siber
  • βœ… Aktiviti interaktif & kuiz kesedaran
  • βœ… Galakan menjadi Pengguna Internet Bijak

Mari kita sama-sama membimbing generasi muda agar lebih celik digital dan mampu menggunakan teknologi secara positif! πŸ’»πŸ“±βœ¨

*Program Kempen Internet Selamat @ Sk Batu Lintang

Tarikh : 27 OGOS 2025 (Sabtu)
Masa : 2.00 petang – 3.30 petang
Lokasi : SK Batu Lintang
Peserta : 32 orang murid Tahap 1 & 2

Tujuan:

program ini bagi memupuk kesedaran tentang kepentingan penggunaan internet yang selamat, bijak, dan beretika.

Objektif Program:

  • βœ… Pengenalan dunia siber untuk kanak-kanak
  • βœ… Bahaya siber yang perlu dielakkan
  • βœ… Tip mudah keselamatan internet
  • βœ… Aktiviti & kuiz interaktif yang menyeronokkan

🌟 Bersama-sama kita lahirkan Generasi Celik Digital yang mampu menggunakan teknologi dengan positif dan bertanggungjawab!

* Program Kempen Internet Selamat @SJK Chung Hua Undop *

Tarikh : 29 OGOS 2025 ( Jumaat )
Masa : 2.00 petang – 3.30 petang
Lokasi : SK Batu Lintang
Peserta : 42 orang murid Tahap 1 & 2

Tujuan:

  • βœ… Memberi kesedaran tentang penggunaan internet dengan selamat
  • βœ… Mendidik murid mengenai bahaya siber dan cara melindungi diri
  • βœ… Menerapkan nilai positif serta disiplin ketika berada dalam talian

Objektif Program:

🌐 Dengan kerjasama semua, kita yakin dapat melahirkan murid yang bijak teknologi, selamat di alam maya, dan bertanggungjawab sebagai pengguna internet.

https://kgbaruhilir.nadi.my/galeri-foto-program-kempen-internet-selamat-di-sekolah-bulan-ogos-2025/