|
Tarikh: 6 Julai 2019 (Sabtu)
Lokasi: Bilik Latihan,PI Kg Baru Hilir Sri Aman
Masa: 8:00 Pagi – 5:00 Petang
Peserta: 10 Orang
|
Tujuan:
Program ini merupakan salah satu inisiatif di bawah KOBIS iaitu Program E-Usahawan Digital Kenyalang Achievers: Rural Series yang bertujuan untuk mendedahkan usahawan muda kepada pemikiran inovatif dan kreatif dan berdaya saing dalam merancakkan lagi momentum keusahawanan di Sarawak. Tambahan itu, program yang berkonsepkan ekonomi digital ini akan berkerjasama dengan usahawan – usahawan tempatan yang akan berkongsi kepakaran mereka dalam industri keusahawanan.
Pengisian:
Pada pengenalan kursus, para peserta telah diperkenalkan oleh Trainer berkenaan dengan Asas Pengenalan Dunia Digital, Memahami Asas Produk & Servis, Struktur Perniagaan Digital dan Potensi Pasaran Digital Di Malaysia.
Para peserta telah didedahkan dengan 5 Silibus utama dalam perniagaan iaitu :
-Silibus 1 : Facebook For Business
-Silibus 2 : Instagram For Business
-Silibus 3 : WhatsApps For Business
-Silibus 4 : Copywriting
-Silibus 5 : Basic Graphic Design
Pada sesi terkahir kursus, para peserta telah diberikan tugasan oleh Trainer iaitu berunsurkan Kuiz dan Ujian Pemahaman. Dan diakhiri dengan slot Q&A.