mcmc
Laporan Aktiviti

Program Bantu Usahawan(BUSA) Q1 – Master Your Marketing

Tarikh: 19 & 20 Februari 2022
Masa: 8:30 Pagi – 12:30 Tengahari
Lokasi: PEDi Kg Baru Hilir Sri Aman
Peserta: 13 Orang
 
Tujuan:
Program BUSA merupakan inisiatif Program Pusat Internet Komuniti (PEDi) Sri Aman dimana ianya khas untuk usahawan kecil yang sedang berusaha membina nama dalam bidang keusahawanan di sekitar Sri Aman. Objektif BUSA adalah membantu Usahawan ke arah Dunia Digital.
 
Pengisian:
Antara agenda program ini adalah seperti berikut:
1) Tips Peningkatan Jualan & Langkah2 Operasi Perniagaan melalui Perkongsian Case Study Usahawan yang berjaya.
2) Social Media Platform yang sesuai untuk mempromosikan produk perniagaan – Setup Facebook Page & Google My Business.
3) Memperkenalkan E-Preneur Corner – setiap Usahawan mencuba peralatan yang di sediakan dan segala peralatan diguna secara Percuma!
4) Teknik Photography & Teknik Editing Poster bagi mempromosikan produk jualan.
5) Contents Idea bagi mempromosikan Brand Name & Produk jualan.
6) Sedikit perkongsian Basic Aplikasi untuk merekod kewangan yang mudah & menarik untuk para peniaga.