mcmc
Aktiviti Semasa

PERTANDINGAN USAHAWAN TERBAIK PUSAT INTERNET 1MALAYSIA 2017

 

Untuk makluman, pihak MCMC di bawah Jabatan Pembangunan dan Pengurusan Kandungan (CDMD) sedang menganjurkan Pertandingan Usahawan Terbaik Pusat Internet 1Malaysia 2017. Pertandingan ini telah dibuka sejak 2 Ogos yang lalu dan ditutup pada 25 Ogos 2017.

 

Objektif pertandingan ini adalah untuk menghargai dan mengiktiraf pencapaian usahawan di kalangan komuniti sekitar Pi1M disamping menyuntik semangat mereka dalam mengejar kecemerlangan ke arah pembangunan ekonomi negara.

 

Untuk keterangan lanjut, kunjungi kami di PI1M Kg Baru Hilir sekarang ataupun anda boleh lah melayari laman sesawang MCMC di pautan berikut:

http://www.mcmc.gov.my/usahawan-(pi1m)/usahawan-terbaik-pusat-internet-1malaysia-(pi1m)

https://usahawanpi1m2017.typeform.com/to/QYIcck