mcmc
Aktiviti Semasa

PENGENALAN E-SUKAN

MAKLUMAN KELAS BULANAN NADI E-SUKAN (LMS) – JANUARI 2026

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Dimaklumkan bahawa kelas dalam LMS NADI E-Sukan bagi bulan Januari 2026 akan dijalankan seperti berikut:

🔹 Pengenalan E-Sukan: Daripada Hobi Kepada Program Kompetitif Berstruktur
📅 Tarikh: 9 Januari 2026

Program E-Sukan yang dilaksanakan di NADI merangkumi Program Kesedaran yang akan ditambah nilai dengan modul pendidikan, peserta bukan sahaja akan memperbaiki kemahiran permainan mereka tetapi juga memperoleh kemahiran kendiri yang bernilai yang akan membantu mereka dalam akademik dan peluang kerjaya. Pendekatan ini bukan sahaja membantu meningkatkan kesedaran tentang e-sukan tetapi juga mendidik peserta mengenai aspek-aspek penting dalam dunia e-sukan seperti Pengurusan Masa, Kesihatan Fizikal dan Mental, Strategi Permainan, Kerjaya dalam E-Sukan dan Kemahiran Sosial peserta.

Program Inovatif ini adalah satu Inisiatif untuk mengintegrasikan keseronokan dalam permainan dan penglibatan E-Sukan dengan modul pendidikan untuk memupuk Pemikiran Strategik dan Kemahiran Kendiri disamping membangunkan semangat kerjasama berpasukan dan mewujudkan Jaringan Komunikasi antara peserta di seluruh Malaysia.