mcmc
Laporan Aktiviti

Lawatan TASKA Bahagian Sri Aman (Lawatan Pendidikan Teknologi Maklumat Kanak-Kanak Pra-Sekolah)

 
Tarikh: 5 September 2018
Lokasi: Pusat Internet Kg Baru Hilir Sri Aman
Masa: 9:00 Pagi-12.00 Tengahri
Peserta: 25 orang pelajar
 

Tujuan :

Lawatan ini bertujuan bagi mendedahkan pelajar pra-sekolah berkenaan dengan teknologi maklumat yang amat penting dalam kehidupan seharian masa sekarang. Selain itu,pelajar juga didedahkan dengan perkakasan-perkakasan komputer,penggunaan nya dan juga kepentingannya. 

Pengisian:

Para pelajar telah diberi bimbingan dan latihan melalui aplikasi English Central – Alphabets Lesson. Mereka didedahkan dengan pembelajaran ICT melalui penggunaan Smartboard. Selain itu juga, petugas Pusat Internet telah menjalankan satu pertandingan mewarna untuk mereka yang bertemakan peralatan komputer. Di akhir sesi lawatan,diadakan acara penyampaian hadiah Pertandingan Mewarna dan juga sesi bergambar beramai-ramai bersama pelajar,guru dan juga pembantu TASKA.

 

Gambar Disini