Aktiviti 1 : Pertandingan Mewarna Kemerdekaan dan Program Promosi KDB Tarikh : 11 Ogos 2017 Masa : 10.00 Pagi – 12.00 Tengahri Lokasi : PI1M Kg Baru Hilir Sri Aman Peserta : 40 Orang |
Tujuan:
Memupuk dan menyemarakkan semangat patriotism di dalam jiwa pelajar – pelajar sekolah supaya kekal sehingga remaja dan dewasa. Selain itu, ia dapat mencetuskan dan menyemarakkan perasaan semangat kemerdekaan
Aktiviti :
Sebelum pertandingan mewarna dimulakan, para pelajar terlebih dahulu didedahkan berkenaan dengan apa itu Kemerdekaan dan mereka didedahkan juga dengan warna-warna jalur gemilang beserta logo tema Hari Kebangsaan pada tahun ini. Manakala bagi program KDB,para pelajar diberikan taklimat mengenai bahaya nya penggunaan aplikasi – aplikasi media sosial jika disalah gunakan yang boleh mendorong kepada peningkatan kes – kes jenayah sosial terhadap mereka.
Aktiviti 2 : Patriotik Kemerdekaan (M.O Word) Tarikh : 18 Ogos 2017
Masa : 2.30 Petang – 4.30 Petang
Lokasi : PI1M Kg Baru Hilir Sri Aman
Peserta : 8 Orang
|
Tujuan :
Mencetuskan dan menyemarakkan perasaan semangat kemerdekaan.
Aktiviti :
– Pencarian bendera Negeri dalam Malaysia (Panduan penggunaan Google Search dan cara Download gambar)
– Gambar yang diperolehi disusun menggunakan Microsoft Office Words.

Aktiviti 3 : Program Lawatan dari Perpustakaan Taman Harmoni & Ahli Bina Insan
Tarikh : 29 Ogos 2017
Masa : 2.00 petang – 5.00 petang
Lokasi : PI1M Kg Baru Hilir Sri Aman
Peserta : 15 Orang
|
Tujuan :
-Mewujudkan rasa kekitaan dan kerja berpasukan seterusnya mengeratkan perpaduan di semua peringkat.
-Menyediakan ruang agar pelajar – pelajar menggunakan kreativiti mereka semasa aktiviti ini diadakan.
Aktiviti :
-Menerima lawatan daripada Ahli Perpustakaan Taman Harmoni & Ahli Bina Insan. Pengisian adalah seperti berikut; Pengenalan Pi1M, Taklimat Advokasi Online Grooming, Pertandingan mewarna bagi kanak – kanak, Promosi santai mengenai Dashboard.
