|
Tarikh: 25 & 26 Ogos 2020
Masa: 9:00 Pagi – 4:00 Petang
Lokasi: Bilik Latihan,PI Kg Baru Hilir Sri Aman
Peserta: 12 Orang
|
Tujuan:
Menjadikan Malaysia sebagai Pusat Produk Halal (Halal Hub), program ini dapat memberi pendedahan kepada para peserta tentang elemen-elemen kebersihan dan kesihatan dalam kehidupan muslim selaras dengan prinsip halalan toyyiban.
Pengisian:
Program ini memberikan penerangan dan penjelasan mengenai konsep halalan toyibban berlandaskan Syarak serta mematuhi standard MS 1500:2009. Ia juga bagi meningkatkan keupayaan memahami aspek halal dan haram terutamanya asas-asas kepada syariah dan sains berkaitan isu Halal kepada para peserta. Selain itu, program ini mampu memupuk sikap dan nilai-nilai murni seperti mementingkan kebersihan, keselamatan makanan dan seumpamanya.