mcmc
Kisah Kejayaan

Kisah Kejayaan Q4 Usahawan Online(1) 2019

LATAR BELAKANG CALON
 
Nama: Roziana Maula Ebidin
Tarikh Lahir: 8 Mac 1994
Umur: 26 Tahun
Pekerjaan: Peniagaan Online
Pendidikan: Sijil Pelajaran Malaysia(SPM)
 
Sebelum Penggunaan ICT/Penglibatan PI
Cik Roziana Maulad Ebidin telah menanam minat dalam perniagaan online menjual makanan dan produk tempatan sejak Tahun 2018. Sebelum penglibatan bersama Pusat Internet, beliau tiada asas ilmu yang kukuh dalam membangunkan perniagaan online melalui Facebook dan Whatsapp. Beliau mempunyai asas internet yang baik tetapi kurang pengetahuan dalam ilmu perniagaan demi mengembangkan perniagaan nya dan memperbaiki kelemahan yang ada.
 
Selepas Penggunaan ICT/Penglibatan PI
Beliau baru sahaja menjinakkan diri dengan penggunaan ICT di Pusat Internet dan mula melibatkan diri dengan program yang di anjurkan oleh PI baru-baru ini iaitu Hari Bersama Komuniti. Dengan ada nya penglibatan dalam program yang dianjurkan oleh Pusat Internet, ini dapat membantu sedikit tentang kewujudan perniagaannya dan seterusnya mampu meningkatkan ekonomi beliau.
 
Apa Yang Dipelajari Melalui PI?
Cik Roziana telah mempelajari banyak perkara melalui Pusat Internet terutama sekali dalam perniagaan kerana Pusat Internet sering kali terlibat dengan peganjuran program keusahawanan tidak kira kerjasama daripada Pusat Internet dan NGO mahupun yang disediakan oleh pihak SKMM & MSD Intelligence Sdn. Bhd. Antara Kelas Latihan dan Kursus yang telah dipelajari beliau ialah seperti Program Latihan dan Pembangunan ICT Luar Bandar Kerjasama Bersama Kementerian Permodenan Pertanian, Tanah Adat dan Pembangunan Wilayah Sarawak (MANRED) – Facebook for Business, Instagram for Business, Whatsapp for Business, Copywriting, Basic Graphic Design, Pengurusan Akaun dan Pentadbiran Perniagaan dan Digital Business.
 
Bagaimanakah PI Membantu Meningkatkan Tahap Kemahiran ICT?
Selepas memperolehi ilmu perniagaan yang dikongsikan oleh trainer yang bertauliah, beliau dapat memperbaiki cara pengiklanan perniagaan dengan lebih baik bagi tujuan menarik perhatian pembeli tentang perniagaan yang dijalankan.