LATAR BELAKANG CALON
Nama: Saftuyah Binti Awang
Tarikh Lahir:
Umur: 44 Tahun
Pekerjaan: Peniaga Kecil-Kecilan
Pendidikan: Sijil Pelajaran Malaysia(SPM)
Sebelum Penggunaan ICT/Penglibatan PI
Saftuyah Binti Abang merupakan seorang peniaga kecilan-kecilan merangkap Ahli Jawatankuasa Pertubuhan Sukarelawan Bahagian Sri Aman. Beliau baru sahaja menjadi ahli Pusat Internet setelah menyertai Bengkel ICT yang telah dianjurkan oleh Pusat Internet. Sebelum penggunaan ICT beliau seorang yang tidak berani mencuba atau melibatkan diri dalam aktiviti dan penggunaan ICT di Pusat Internet. Tidak tahu bagaimana menggunakan komputer dan fungsi-fungsi yang terdapat pada komputer menyebabkan kekangan beliau untuk menggunakan ICT di sini sehinggalah beliau hadir pada Bengkel ICT yang dianjurkan oleh Pusat Internet. Tambahan pula amat sukar untuk beliau menggunakan komputer untuk tujuan membuat surat rasmi atau keperluan membuat dokumen lain bagi tujuan Pertubuhan Sukarelawan mereka kerana tiada asas yang kukuh untuk menaip menggunakan komputer.
Selepas Penggunaan ICT/Penglibatan PI
Selepas melibatkan diri dalam beberapa kelas latihan ICT yang dianjurkan oleh pihak Pusat Internet Pn. Saftuyah telah menunjukkan perubahan yang positif daripada tidak tahu menggunakan komputer sehingga sederhana mahir dalam menggunakan komputer.
Apa Yang Dipelajari Melalui PI?
Dengan keahlian yang baru pada Tahun 2019, Pn. Saftuyah telah diajar secara asas untuk membiasakan diri dengan komputer dan beberapa program yang terdapat di dalam komputer.
Bagaimana PI Membantu Meningkatkan Tahap Kemahiran ICT?
Pi1M membantu dalam meningkatkan tahap kemahiran ICT melalui Kelas Latihan ICT seperti Asas Teknologi Maklumat & Komunikasi (Pengenalan kepada komputer, Pengenalan kepada internet dan Kelebihan komputer) dan juga Kelas Asas Microsoft Office(Microsoft Words).