LATAR BELAKANG CALON
Nama: Marani Binti Omar @ Nyindang
Tarikh Lahir: 10 Julai 1989
Umur: 33 Tahun
Pekerjaan: Usahawan Honeyrizqi Beauty Care (Spa & Kecantikan)
Pendidikan: Sarjana Muda
Sebelum Penggunaan ICT/Penglibatan ICT
Beliau merupakan usahawan dan juga pendidik. Berkhidmat sebagai guru kemahiran di Giatmara Sri Aman. Memperniagaan SPA dan Jus Kunyit. Beliau pada dasarnya sudah mempunyai asas perniagaan secara atas talian dan aktif membuat promosi jualan di media sosial seperti Facebook dan Whatsapp.
Selepas Penggunaan ICT/Penglibatan ICT
Kini beliau sudah mempunyai pelanggan tetap kepada semua produk yang beliau jual. Jualan beliau juga semakin meningkat dan hasil peningkatan yang ketara telah ditunjukkan selepas menaik taraf packaging dan membuat promosi secara aktif di media sosial.
Apa Yang Dipelajari Melalui PEDi
– Mempelajari cara membuat pemasaran online melalui FB.
– Mempelajari Ms. Office bagi memudahkan pengiraan stok produk, pengiraan untung/ rugi
– Mempelajari cara mengambil order melalui FB
– Mengikuti @ aktif dengan semua program dan yang dianjurkan oleh pihak PEDi untuk meningkatkan kemahiran usahawan.
– Penggunaan internet dengan bijak.
Bagaimana PEDi Membantu Perkembangan Perniagaan / Peningkatan Tahap Kemahiran ICT
– PEDi membantu dan membimbing mempromosikan produk.
– Memberi latihan dan bengkel ict serta program-program berkaitan usahawan.
– Dengan bimbingan daripada pihak PEDi, sale semakin meningkat dan tempahan bertambah.