LATAR BELAKANG CALON
Nama: Awang Fadlee Bin Awang Maliki
Tarikh Lahir: 25 Februari 1984
Umur: 37 Tahun
Pekerjaan: Guru
Pendidikan: Ijazah Sarjana Muda
Sebelum Penggunaan ICT/Penglibatan ICT
Encik Awang Fadlee merupakan seorang guru yang baru berjinak untuk menceburi bidang berniaga secara sambilan. Beliau mula mengusahakan jualan bundle pada Ogos 2020 secara dalam talian.
Sebelum penggunaan ICT bagi meluaskan perniagaan beliau, beliau kurang berpengetahuan dalam jualan atas talian dan kurang jelas dalam pengurusan perniagaan.
Selepas Penggunaan ICT/Penglibatan ICT
En Awang Fadlee mula menggunakan ICT bila Pusat Internet menganjurkan program usahawan baru Online pada Ogos 2020. Beliau telah menggali ilmu bagaimana hendak memulakan perniagaan bundle dengan menggunakan kemudahan online seperti Shopee.
Apa Yang Dipelajari Melalui PI
En Awang Fadlee telah mempelajari banyak perkara melalui Pusat Internet terutama sekali dalam perniagaan kerana Pusat Internet sering kali terlibat dengan peganjuran program keusahawanan tidak kira kerjasama daripada Pusat Internet dan NGO. Antara Kelas Latihan dan Kursus yang telah dipelajari beliau ialah seperti berikut:
- Program Usahawan Online – Shopee
- Bagaimana membuat kedai di atas talian.
- Menyusun atur produk dalam kedai atas talian.
- Penyuntingan imej yang baik bagi mempamerkan produk jualan untuk meraih kepercayaan pelanggan.
- Pengurusan perniagaan dengan baik seperti pengurusan masa, pengurusan kewangan, pengurusan stok jualan dan pengurusan Bungkusan.
Bagaimanakah PI Membantu Meningkatkan Kemahiran ICT?
Dengan kemahiran yang ada sepanjang mengikuti kelas-kelas di PI, beliau telah dapat mempromosikan produk beliau secara atas talian tanpa had. Selain itu juga petugas PI membantu dalam mempromosikan produk jualan para peserta.