mcmc
Kisah Kejayaan

Kisah Kejayaan Q3 Usahawan Online(2) 2019

LATAR BELAKANG CALON
 
Nama: Susanna Anak Nyambar
Tarikh Lahir: 21 Julai 1978
Umur: 42 Tahun
Pekerjaan: Bekerja Sendiri
Pendidikan: Diploma
 
Sebelum Penggunaan ICT/Penglibatan ICT
Beliau merupakan salah seorang yang telah menjadi catatan Kisah Kejayaan di PI Kg Baru Hilir Sri Aman. Beliau tidak pernah berputus asa dalam apa-apa perniagaan yang dijalankan. Tahun demi tahun,perniagaan yang beliau usahakan telah bertambah. Jika dahulu beliau hanya menceburi bidang spa kecantikan,kali ini beliau telah berjaya menambah satu lagi bidang perusahaan iaitu bidang jahitan pakaian. Beliau hanya belajar membuat promosi perusahaan beliau dengan cara beliau sendiri. Tambahan beliau tiada kemudahan untuk membuat risalah pengiklanan, kemudahan computer dan mencetak di rumah.
 
Selepas Penggunaan ICT/Penglibatan ICT
Selepas penglibatan PI,cara beliau membuat promosi telah berubah. Tambahan di PI banyak kemudahan yang beliau dapat gunakan untuk menghasilkan risalah pengiklanan. Masa beliau juga semakin teratur dalam mengikuti kelas keusahawanan dan juga menyiapkan tempahan jahitan pakaian daripada pelanggan.
 
Apa Yang Dipelajari Melalui PI?
-mempelajari penggunaan Internet bagi mempromosikan perniagaan
-belajar menggunakan Microsoft Office Word
-mengikuti bengkel keusahawan yang dijalankan
-belajar membuat risalah pengiklanan perniagaan
 
Bagaimanakah PI Membantu Meningkatkan Tahap Kemahiran ICT?
PI telah membantu dalam mengembangkan lagi perniagaan terutamanya dari segi promosi. Promosi lebih meluas lagi dengan adanya FB sebagai salah satu cara pengiklanan yang paling berkesan pada masa kini. Selain itu, kemahiran dalam menggunakan computer juga semakin bertambah dengan adanya kelas-kelas keusahawanan yang dijalankan oleh petugas PI pada setiap minggu.