mcmc
Kisah Kejayaan

Kisah Kejayaan Q3 Usahawan Online(1) 2020

LATAR BELAKANG CALON
 
Nama: Suziawaty Binti Abdul Rahman
Tarikh Lahir: 17 Oktober 1991
Umur: 30 Tahun
Pekerjaan: Surirumah
Pendidikan: SPM
 
Sebelum Penggunaan ICT/Penglibatan ICT
Pn.Suziawaty merupakan seorang surirumahtangga sepenuh masa. Kadang kala beliau membantu urusan jualan adiknya dalam bidang pembuatan roti. Masa beliau juga banyak dihabiskan di rumah sahaja demi menguruskan makan pakai seisi keluarga.Sebelum penglibatan dalam program di Pusat Internet,beliau pernah berkunjung ke Pusat Internet untuk mengikuti ujian online Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia. Beliau tidak mempunyai masalah untuk berkunjung ke Pusat Internet kerana rumah beliau amat dekat dengan lokasi.
 
Selepas Penggunaan ICT/Penglibatan ICT
Selepas penglibatan di Pusat Internet, beliau memang akan selalu mengikuti apa jua program yang Pusat Internet anjurkan. Tambahan dalam masa yang sama,beliau telah lama menjalankan jualan barang-barang perhiasan secara offline. Sehingga pada suatu hari beliau telah terbuka hati untuk mengikuti Kelas Keusahawanan yang Pusat Internet anjurkan.Dan kini beliau sedang rancak menjual produk beliau melalui Shopee. 
 
Apa Yang Dipelajari Melalui PI
Semasa di Pusat Internet, beliau telah mempelajari bagaimana cara menggunakan Internet bagi mempromosikan perniagaan. Selain itu, beliau juga turut diajar bagaimana menggunakan Microsoft Office Word dan Microsoft Office Power Point bagi menghasilkan risalah untuk pengiklanan perniagaan.
 
Bagaimanakah PI Membantu Meningkatkan Kemahiran ICT?
Pusat Internet dapat membantu memperkembangkan perniagaan adalah bermula dari Kelas Latihan dan Kelas Bimbingan yang dianjurkan pada setiap minggu. Tanpa ilmu dalam penggunaan komputer, memang tidak akan meningkatkan lagi jualan perniagaan dan juga dari segi tahap kemahiran ICT. Melalui kelas-kelas latihan ini juga banyak cara dan strategi perniagaan secara online yang dapat dipelajari dan diikuti sebagai platform meningkatkan produk jualan.