mcmc
Kisah Kejayaan

Kisah Kejayaan Q3 Usahawan Online(1) 2019

LATAR BELAKANG CALON
 
Nama: Pn.Betty Anak Reba
Tarikh Lahir: 18 November 1976
Umur: 44 Tahun
Pekerjaan: Bekerja Sendiri
Pendidikan: Sijil Pelajaran Malaysia(SPM)
 
Sebelum Penggunaan ICT/Penglibatan PI
Pn.Betty mula membuka kedai gunting rambut pada 10 tahun yang lepas. Perniagaan beliau masih kukuh dan bertahan sehingga ke hari ini. Selain menggunting rambut,beliau juga ada perkhidmatan solekan dan menjual produk kecantikan. Sebelum penglibatan ICT di Pusat Internet,beliau hanya dikunjungi pelanggan dari dalam bandar Sri Aman sahaja. Beliau juga jarang-jarang untuk mempromosikan kedai gunting rambut beliau secara meluas.
 
Selepas Penggunaan ICT/Penglibatan PI
Selepas penggunaan ICT, beliau telah berusaha dan berjaya mempromosikan perniagaan beliau ke luar kawasan bandar Sri Aman.
 
 
Apa Yang Dipelajari Melalui PI?
Beliau telah mengikuti kelas-kelas di PI seperti Kelas Latihan ICT serta Kelas Asas Keusahawanan. Dalam kelas tersebut,beliau telah diajar bagaimana untuk membuat risalah sebagai bahan promosi dan juga diajar cara-cara bagaimana untuk mengembangkan lagi perniagaan beliau secara atas talian.
 
Bagaimana PI Membantu Meningkatkan Tahap Kemahiran ICT?
Dengan kemahiran yang ada sepanjang mengikuti kelas-kelas di PI,beliau telah dapat mempromosikan produk beliau secara atas talian tanpa had.Selain itu,beliau juga telah berjaya membuat label(sticker) untuk jenama produk beliau.