mcmc
Kisah Kejayaan

Kisah Kejayaan Q2 Usahawan Online(2) 2019

LATAR BELAKANG CALON
Nama: Haiza Bt Ibrahim
Tarikh Lahir: 14 April 1985
Umur: 35 Tahun
Pekerjaan: Kakitangan Kerajaan
Pendidikan: Sijil Pelajaran Malaysia(SPM)
 
Sebelum Penggunaan ICT/Penglibatan PI
Pn. Haiza Bin Ibrahim merupakan Usahawan Pusat Internet Kg Baru Hilir Sri Aman semenjak Tahun 2015. Kejayaan beliau pada hari ini adalah atas usaha beliau sendiri dimana beliau telah menempah nama yang besar di Bandar Sri Aman pada Tahun 2018. Dikenali ramai sebagai usahawan membuat kek kini melebarkan perniagaan nya menjual barangan kosmetik dan makanan tambahan jenama Airiz.
 
Selepas Penggunaan ICT/Penglibatan PI
Selepas berjaya menempah nama dalam perniagaan membuat kek yang masih berterusan hingga kini, beliau telah menyahut cabaran baru untuk membuka cabang baru perniagaan dengan menjual produk kecantikkan dan makanan tambahan jenama Airiz. Penjualan produk ini masih baru dijalankan oleh beliau dan mengharapkan ini merupakan satu lagi batu loncatan ke bidang kecantikkan.
 
Apa Yang Dipelajari Melalui PI
1)Perniagaan di atas talian yang tanpa sempadan mampu menjana pendapatan yang lumayan.
2)Cara-cara menangani masalah konflik antara pelanggan dan peniaga melalui advokasi Klik Dengan Bijak.
 
Bagaimana PI Membantu Meningkatkan Tahap Kemahiran ICT
Petugas banyak memberi galakkan untuk berniaga secara atas talian dan memberi tips mempromosikan produk jualan dengan hanya menggunakan laman media soial. Selain itu,cabang perniagaan yang baru ini telah mampu menambah ilmu pengetahuan beliau sekaligus menaikkan perusahaan membuat kek secara tidak langsung.