mcmc
Kisah Kejayaan

Kisah Kejayaan Q2 Usahawan Online(2) 2020

LATAR BELAKANG CALON
Nama : Dayangku Fatin Najihah Binti Subhi
Tarikh Lahir : 14 November 1997
Umur : 23 Tahun
Pekerjaan : Penuntut IPTA + Online Business
Pendidikan : Politeknik
 
Sebelum Penggunaan ICT/Penglibatan ICT
Dayangku Fatin Najihah merupakan seorang pelajar di Politeknik yang baru sahaja hendak berjinak dalam perusahaan Online untuk mendapatkan pendapatan sampingan. Sejak menjadi Ahli Pusat Internet pada tahun 2016 terdapat beberapa kelas diikuti oleh beliau dalam menimba ilmu pengetahuan berkenaan dengan ICT dan pada tahun 2020 beliau mula menjual barangan Kecantikkan dan kesihatan di Online Platform setelah menimba beberapa bentuk medium untuk jualan. Sebelum penglibatan ICT beliau tidak mempunyai pengalaman dalam ICT seperti penggunaan komputer, penggunaan internet dan juga perniagaan melalui online.
 
Selepas Pengggunaan ICT/Penglibatan ICT
Selepas penglibatan sepenuhnya bersama Pusat Internet beliau terus berminat mengikuti apa sahaja kursus ICT yang dianjurkan oleh pihak Pusat Internet mahupun pihak NGO dan Kerajaan yang menggunakan Pusat Internet sebagai pusat latihan ICT.
 
Apa Yang Dipelajari Melalui PI?
Cik Dayangku Fatin Najihah telah mempelajari banyak perkara melalui Pusat Internet terutama sekali dalam perniagaan kerana Pusat Internet sering kali terlibat dengan peganjuran program keusahawanan tidak kira kerjasama daripada Pusat Internet dan NGO. Antara Kelas Latihan dan Kursus yang telah dipelajari beliau ialah seperti berikut:
  1. Kelas Microsoft Office (Word, Excel & PowerPoint)
  2. Kelas Adobe Photoshop
  3. Program Pemantapan Resume
  4. Kelas Keusahawanan (Adobe Photoshop, Membuat Bunga Manik, Membuat Pasu Bunga, Perniagaan Online; Shopee)

 

Bagaimana PI Membantu Meningkatkan Kemahiran ICT?
Dengan kemahiran yang ada sepanjang mengikuti kelas-kelas di PI1M, beliau telah dapat mempromosikan produk beliau secara atas talian tanpa had.