LATAR BELAKANG CALON
Nama: Noor Amri Shah Bin Kamsani
Tarikh Lahir: 5 November 1997
Umur: 22 Tahun
Pekerjaan: Pengusaha Produk Tempatan ‘Original Crunchy’s Maruku’
Pendidikan: SPM
Sebelum Penggunaan ICT/Penglibatan PI
Masa terluang beliau banyak dihabiskan di rumah sahaja. Disamping itu,beliau telah membantu perniagaan kecilan ibu beliau dalam membuat kerepek,kuih dan sebagainya mengikut tempahan penduduk sekitar.
Selepas Penggunaan ICT/Penglibatan PI
Selepas penglibatan di Pusat Internet,beliau telah berjaya menghasilkan produk beliau tersendiri iaitu salah satu produk berasaskan makanan tradisional (Kerepek Maruku). Beliau telah mendapat inspirasi untuk menghasilkan sendiri produk beliau setelah banyak mengikuti program-program berasaskan keusahawanan di Pusat Internet. Beliau juga turut banyak mengikuti Kelas Latihan ICT yang dianjurkan di Pusat Internet sehingga beliau berjaya membuat risalah untuk pengiklanan produk beliau.
Apa Yang Dipelajari Melalui PI?
Di awal pembelajaran di Pusat Internet,beliau dan rakan yang lain didedahkan dengan perkakasan-perkakasan komputer. Selepas itu baru lah mereka didedahkan dengan modul-modul yang berasaskan penggunaan komputer seperti M.O Word,M.O.Power Point,M.O Excel dan juga penggunaan ICT.
Bagaimana PI Membantu Meningkatkan Tahap Kemahiran ICT?
Sebelum terlibat dalam program-program yang Pusat Internet anjurkan,beliau amat kurang dalam ilmu ICT. Setelah selalu berkunjung ke Pusat Internet dan mengikuti Kelas Latihan dan program-program yang dianjurkan untuk komuniti,beliau semakin mahir dalam penggunaan ICT dan juga komunikasi dengan penduduk kampung semakin erat. Beliau juga semakin bergiat aktif dengan segala aktiviti Pusat Internet dan sekaligus telah dilantik oleh petugas Pusat Internet sebagai salah seorang Ahli Sukarelawan Pusat Internet. Selain itu,dengan adanya kemudahan Internet di Pusat Internet,dapat mempromosikan hasil produk yang beliau keluarkan dimana beliau telah mendapat tempahan produk secara ‘online’ dengan lebih senang dan menjimatkan masa untuk membuat jualan.