mcmc
Kisah Kejayaan

Kisah Kejayaan Q2 Usahawan Online(1) 2020

LATAR BELAKANG CALON
Nama : Tai Siah Mohamad Mahmud
Tarikh Lahir : 27 Januari 1985
Umur : 35 Tahun
Pekerjaan : Usahawan
Pendidikan : SPM
 
Sebelum Penggunaan ICT/Penglibatan ICT
Kak Tai Siah merupakan seorang surirumahtangga sepenuh masa. Melihat kepada pendapatan keluarga yang agak sederhana,beliau telah berusaha dalam pelbagai bidang demi menambahkan dan meningkatkan pendapatan keluarga. Sebelum penglibatan dalam program di Pusat Internet,beliau yang menjual barang-barang jualan hanyalah di depan rumah sahaja. Apatah lagi ilmu dari segi jualan online dan juga penggunaan computer,memang asas sahaja yang dikuasai.
 
Selepas Penggunaan ICT/Penglibatan ICT
Selepas penglibatan di Pusat Internet, beliau telah banyak menimba ilmu samada dari segi jualan online,ilmu dalam penggunaan computer dan sebagainya. Setiap program yang dijalankan di Pusat Internet amatlah berharga bagi beliau,dimana penglibatan beliau dalam apa sahaja program yang dianjurkan amatlah menarik minat beliau untuk turut mengambil bahagian.
 
Apa Yang Dipelajari Melalui PI?
-mempelajari penggunaan Internet bagi mempromosikan perniagaan
-belajar menggunakan Microsoft Office Word
-mengikuti bengkel keusahawan yang dijalankan
-belajar membuat risalah pengiklanan perniagaan
 
Bagaimana PI Membantu Meningkatkan Kemahiran ICT?
PI dapat membantu memperkembangkan perniagaan adalah dari segi ilmu yang diajar dan dibimbing melalui kelas-kelas latihan. Tanpa ilmu dalam penggunaan computer,memang tidak akan meningkatkan lagi jualan perniagaan dan juga dari segi tahap kemahiran ICT. Melalui kelas-kelas latihan ini juga banyak cara dan strategi perniagaan secara online yang dapat dipelajari dan diiukuti sebagai platform meningkatkan produk jualan.