LATAR BELAKANG CALON
Nama : Siti Nor Diana
Tarikh Lahir : 17 Mei 2007
Umur : 13 Tahun
Pekerjaan : Pelajar
Pendidikan : Sekolah Menengah
Sebelum Penggunaan ICT/Penglibatan ICT
Adik Siti Nor Diana merupakan seorang ahli Pusat Internet yang aktif dalam apa jua program yang dianjurkan di Pusat Internet Kg.Baru Hilir Sri Aman. Beliau mula berjinak-jinak dalam program di PI semenjak dari mula beliau mendaftar sebagai ahli pada tahun 2015. Di rumah beliau tidak ada perkakasan computer dan juga laptop untuk memudahkan beliau membuat ulangkaji dan kerja sekolah. Tambahan juga tiada kemudahan talian internet untuk beliau melayari internet samada untuk pelajaran dan juga melayari media sosial yang lain.
Selepas Penggunaan ICT/Penglibatan ICT
Selepas adanya Pusat Internet yang sangat dekat dengan rumah beliau, masa beliau selepas waktu sekolah adalah di Pusat Internet. Banyak faedah yang beliau perolehi bila mengunjungi PI dimana masa beliau untuk belajar dan membuat kerja sekolah amat senang dan mudah dengan adanya banyak kemudahan yang PI sediakan.
Apa Yang Dipelajari Melalui PI?
Pada awal nya, adik Siti Nor Diana tiada asas dalam penggunaan computer. Tetapi setelah wujudnya PI di kampung beliau, dengan kerajinan dan disiplin beliau hadir ke Kelas Latihan yang dijalankan di PI telah membantu beliau dalam penggunaan computer. Daripada tiada asas,sehingga kini beliau mampu menguasai penggunaan computer dengan baik malah telah menjadi seorang pelajar yang mampu membantu dan menolong adik-adik lain dalam penggunaan computer di PI.
Bagaimanakah PI Membantu Meningkatkan Kemahiran ICT?
Pi1M membantu dalam meningkatkan tahap kemahiran ICT melalui Kelas Latihan ICT seperti Kelas Asas Microsoft Words, Kelas Asas Microsoft Powerpoint, Kelas Asas Komputer & Internet.