LATAR BELAKANG CALON
Nama: Dayang Nur Fasha Nabila
Tarikh Lahir:
Umur:13 Tahun
Pekerjaan: Pelajar
Pendidikan: SMK Simanggang
Sebelum Penggunaan ICT/Penglibatan PI
Adik Dayang Nur Fasha Nabila merupakan seorang pelajar Sekolah Rendah semasa beliau mula menjadi ahli Pusat Internet. Memandangkan rumah beliau agak dekat dengan lokasi Pusat Internet,telah memudahkan beliau untuk berkunjung apabila ada masa lapang terutamanya pada waktu petang selepas sesi persekolahan dan juga masa cuti hujung minggu. Sebelum adanya Pusat Internet di Kampung ini, pendedahan terhadap penggunaan Komputer amatlah sukar bagi beliau memandangkan di rumah tidak mempunyai talian Internet dan Komputer sendiri. Manakala tahap penggunaan Komputer hanyalah asas sahaja.
Selepas Penggunaan ICT/Penglibatan PI
Selepas tertubuhnya Pusat Internet, beliau amat bersyukur dan rasa bertuah sebab dengan adanya PI beliau boleh membuat ulangkaji pelajaran secara atas talian dengan cepat sekali. Begitu juga dengan asas penggunaan Komputer yang semakin bertambah ilmu dari masa semasa kerana adanya Kelas Latihan dijalankan di Pusat Internet.
Apa Yang Dipelajari Melalui PI?
Kelas – kelas latihan yang dijalankan oleh pihak Pusat Internet yang telah disertai ialah:
- Mengenali perkakasan komputer
- Asas – asas Penggunaan Komputer
- Penggunaan Internet
- Microsoft Office Word
- Microsoft Office Power Point
- Program Paint
Bagaimana PI Membantu Meningkatkan Tahap Kemahiran ICT?
Petugas Pusat Internet telah banyak membantu beliau dalam mempelajari penggunaan komputer. Daripada buta IT sehingga dapat menguasai penggunaan komputer walaupun belum secara mahir lagi. Beliau juga selalu mengikuti Kelas Latihan yang dianjurkan oleh Pusat Internet terutamanya pada musim cuti sekolah. Selain itu, beliau juga dapat mencari bahan sekolah dengan adanya talian internet di Pusat Internet ini.