Sebelum Penggunaan ICT/Penglibatan PI
Pn.Elsy adalah seorang pelajar lulusan dari Sekolah Menengah Teknik jurusan Penyediaan Makanan pada masa dahulu. Tetapi minat beliau terhadap barang kraftangan sangat tinggi sehinggakan beliau selalu mengikuti program-program yang berasaskan kraftangan di Kampung dan kawasan sekitar. Walaupun telah mendirikan rumah tangga dan mempunyai komitmen yang tinggi terhadap keluarga,tidak pernah mematahkan minat beliau terhadap barang kraftangan.
Hasil kraftangan yang beliau buat selama ini hanya dijual di kampung-kampung dan juga di pasar yang berdekatan. Cara penjualan yang beliau lakukan agak terhad dan tidak dapat dijual jauh dari tempat tinggal beliau.
Selepas Penggunaan ICT/Penglibatan PI
Selepas penglibatan dengan PI1M,hasil kraftangan beliau dapat dijual secara online dan sekaligus dapat dijual ke merata tempat seluruh Sarawak. Beliau telah mengikuti Kelas Latihan Keusahawanan dimana beliau diajar dalam cara membuat poster jualan,membuat promosi secara online dan juga cara menjual hasil kraftangan dengan cara yang betul. Sekarang beliau dapat menjual hasil kraftangan tanpa bimbingan lagi kerana beliau telah pandai dalam jualan secara online.
Apa Yang Dipelajari Melalui PI?
Melalui PI,beliau telah mempelajari Microsoft Office Word dan juga Microsoft Office Power Point. Dimana dua subjek ini amat penting untuk dikuasai beliau bagi memudahkan urusan untuk meningkatkan kualiti produk yang beliau hasilkan. Selain itu,beliau juga telah diajar menggunakan aplikasi Dashboard Komuniti bagi mempromosikan dan menjual produk secara online.
Bagaimana PI Membantu Meningkatkan Tahap Kemahiran ICT
PI membantu beliau dalam menguasai penggunaan komputer dengan adanya kelas latihan dan kelas bimbingan kepada para usahawan dalam setiap bulan. PI juga banyak membantu beliau dari segi bahan pembelajaran secara khas bagi memudahkan proses latihan berjalan dengan lancar dan berkesan.