mcmc
Laporan Aktiviti

KESEDARAN E-SUKAN

KESEDARAN E-SUKAN (TOPIK: MENTAL KUAT, RANK NAIK)

Tarikh : 12 APRIL 2025
Masa :9.30-11.00AM
Lokasi :NADI Kg Baru Hilir Sri Aman
Peserta :Terbuka(Bercampur Umur)

Tujuan:

E-sukan adalah untuk membantu pemain mencapai prestasi konsisten dan meningkatkan rank dengan strategi yang betul. Dengan ketahanan mental, pemain dapat mengawal emosi, mengekalkan fokus, dan mengelakkan tekanan yang boleh mengganggu permainan. Selain itu, disiplin dan kesabaran juga memainkan peranan penting dalam membentuk mindset juara.

AKTIVITI:

Kesihatan fizikal & mental – Tidur cukup, makan sihat untuk fokus dan reaksi lebih tajam.

Kawal emosi & elak tilt – Jangan biarkan kekalahan buat semangat jatuh, reset fokus bila perlu.

Fokus & kesabaran – Jangan terburu-buru, buat keputusan bijak dan latih minda untuk kekal tenang.

Disiplin & konsistensi – Ada jadual latihan, tetapkan matlamat jelas, bukan sekadar main tanpa arah.

PERTANDINGAN NADI E-SUKAN NEGERI SARAWAK MUSIM KEDUA DAN KELAS KESEDARAN AWARESS-KUASA DIGITAL

Tarikh : 19 APRIL 2025
Masa :9.30-11.00AM
Lokasi :NADI Kg Baru Hilir Sri Aman
Peserta :Terbuka(Bercampur Umur)

Tujuan:

Pertandingan NADI E-Sukan Negeri Sarawak Musim Kedua bertujuan untuk memupuk semangat kesukanan dalam e-sukan, memperluaskan peluang kepada pemain berbakat, serta memperkasa industri e-sukan di Sarawak.

Sementara itu, Kelas Kesedaran AWARESS-Kuasa Digital diadakan bagi meningkatkan kesedaran tentang etika digital, keselamatan siber, dan tanggungjawab sosial dalam komuniti permainan digital.

AKTIVITI:

Negeri Sarawak Musim Kedua dan Kelas Kesedaran AWARESS-Kuasa Digital:

  • Pertandingan Mobile Legends – Pemain bersaing dalam pasukan untuk menguji kemahiran strategi dan kerjasama.
  • Kelas Kesedaran Digital – Peserta menyertai sesi dalam talian yang membincangkan etika dan profesionalisme dalam e-sukan.
  • Podcast Kesedaran – Peserta diminta menonton podcast berkaitan kesedaran digital dan e-sukan di portal rasmi
  • https://kgbaruhilir.nadi.my/kesedaran-e-sukan-2/