|
Tarikh: 15 April 2018 (sambungan kelas pada bulan lepas)
Masa: 9.00 pagi – 12.00 tengahari
Lokasi: Bilik Latihan PI1M Kg Baru Hilir Sri Aman
Peserta: 13 Orang
|
Tujuan:
– Mengukuhkan kemahiran ICT pelajar supaya dapat digunakan pada masa akan datang.
– Pelajar juga akan sentiasa peka dengan keperluan masa kini yang banyak memerlukan kemahiran komputer.
Pengisian:
Kelas ICT ini telah diadakan kepada pelajar sekolah sepanjang bulan Mac-April 2018. Latihan ICT yang telah diadakan adalah seperti Movie Maker Module dan Kelas Menaip mengikut format yang betul. Pelajar diuji dengan tahap kepakaran mereka dalam menaip dan format yang betul untuk memastikan teks yang ditaip dalam keadaan yang baik.