LATAR BELAKANG CALON
Nama: Aminah Binti Azman
Tarikh Lahir: 10 Mei 1992
Umur: 29 Tahun
Pekerjaan: Surirumah
Pendidikan: SPM
Sebelum Penggunaan ICT/Penglibatan ICT
Puan Aminah merupakan seorang surirumah dan hanya berniaga sendiri menggunakan laman media sosial. Sebelum penglibatan Pusat Internet Puan Aminah hanya tahu menggunakan laman media sosial seperti Facebook untuk mempromosikan barangan perniagaannya tanpa ilmu bagaimana untuk merancakkan jualan seperti membuat poster dan bagaimana hendak memajukan jualan.
Selepas Penggunaan ICT/Penglibatan ICT
Selepas melibatkan diri dalam beberapa kelas latihan ICT yang dianjurkan oleh pihak Pusat Internet, beliau mula pandai menggunakan aplikasi Canva untuk membuat poster jualan. Selain itu juga, beliau berusaha untuk memajukan jualan menggunakan platform online seperti Shopee.
Apa Yang Dipelajari Melalui PI
Puan Aminah baru sahaja berjinak mempelajari ICT dengan lebih mendalam lagi dan apa yang dipelajari beliau melalui PI adalah:
- Tips menaikkan jualan perniagaan.
- Penyuntingan imej menggunakan aplikasi Canva.
- Menggunakan laman web Shopee bagi merancakkan jualan.
Bagaimanakah PI Membantu Meningkatkan Kemahiran ICT?
Pi1M membantu dalam meningkatkan tahap kemahiran ICT melalui Kelas Latihan ICT seperti berikut:
– Asas Teknologi Maklumat & Komunikasi
- Pengenalan kepada komputer
- Pengenalan kepada internet
- Kelebihan komputer
- Aplikasi Canva
- Laman web Shopee