LATAR BELAKANG CALON
Nama : Sukinah Bt Ibrahim
Tarikh Lahir : 29 Mei 1990
Umur : 30 Tahun
Pekerjaan : Pengurus PI
Pendidikan : Ijazah Sarjana Muda Perakaunan
Sebelum Penggunaan ICT/Penglibatan ICT
Cik Sukinah sendiri merupakan petugas Pusat Internet dimana sebelum ini mempunyai perniagaan kecil-kecilan menjual biskut yang diberi nama “The Cookies House”. Perkhidmatan membuat Resume ini merupakan perniagaan kecil beliau yang kedua. Kemudahan yang disediakan oleh Pusat Internet dimanfaatkan sepenuhnya oleh beliau untuk menjana pendapatan sampingan. Antara kemudahan yang digunakan ialah Software Adobe Photoshop, Adobe Illustrator, kemudahan Wi-Fi, Kelas-Kelas Usahawan yang dijalankan kerjasama antara Pusat Internet dan NGO dan kursus-kursus yang disediakan oleh pihak SKMM (Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia) & majikan (MSD Intelligence Sdn. Bhd.) kepada petugas Pusat Internet.
Selepas Penggunaan ICT/Penglibatan ICT
Selepas penglibatan sepenuhnya bersama Pusat Internet Cik Sukinah telah membuka satu perniagaan baru yang boleh menjana pendapatan sampingan beliau iaitu Perkhidmatan Resume. Perkhidmatan yang dimulakan pada Tahun 2017 telah mendapat sambutan yang menggalakkan daripada golongan pencari kerja yang memerlukan Resume sebagai satu platform untuk mencari peluang pekerjaan dan untuk ditemuduga sehinggalah ke hari ini. Kini beliau telah menambah perkhidmatan terbaru iaitu servis membuat Profil Syarikat.
Apa Yang Dipelajari Melalui PI?
Cik Sukinah telah mempelajari banyak perkara melalui Pusat Internet terutama sekali dalam perniagaan kerana Pusat Internet sering kali terlibat dengan peganjuran program keusahawanan tidak kira kerjasama daripada Pusat Internet dan NGO mahupun yang disediakan oleh pihak SKMM & MSD Intelligence Sdn. Bhd. Antara Kelas Latihan dan Kursus yang telah dipelajari beliau ialah seperti berikut: Pengenalan Kepada Laman Web (UNIMAS), Asas Pembangunan Laman Web (UNIMAS), Perniagaan Secara Online (Giatmara Sri Aman), Pemasaran Dalam Talian (UNIMAS), Kemahiran Keusahawanan (AIM Sri Aman, MaryKay, Pengusaha Kek, UNIMAS, Giatmara Sri Aman, dll) dan Bengkel Youtube Bersama Cardock
Bagaimanakah PI Membantu Meningkatkan Kemahiran ICT?
Dengan kemahiran yang ada sepanjang mengikuti kelas-kelas di PI, beliau dapat mempromosikan produk beliau secara atas talian tanpa had.