mcmc
Kisah Kejayaan

Kisah Kejayaan Q3 Celik IT 2019

LATAR BELAKANG CALON
 
Nama: Awang Shahzaquan B.Awg Sarizal
Tarikh lahir: 24 Januari 2011
Umur: 9 Tahun
Pekerjaan: Pelajar
Pendidikan: Sekolah Rendah
 
Sebelum Penggunaan ICT/Penglibatan ICT
Adik Awg merupakan pelajar sekolah rendah dan Ahli Pusat Internet pada bulan Jun 2019. Beliau merupakan seorang ahli yang aktif dan sering mengikuti kelas-kelas ICT yang dianjurkan oleh Pusat Internet. Sebelum penggunaan ICT, adik Awang tidak mempunyai asas penggunaan komputer dan tidak pandai menggunakan komputer. Oleh yang demikian, apa sahaja kelas ICT yang dianjurkan oleh pihak Pusat Internet akan diikuti oleh beliau untuk mendapatkan ilmu pengetahuan computer dan ICT.
 
Selepas Penggunaan ICT/Penglibatan ICT
Selepas mengikuti beberapa Kelas computer dan ICT yang dijalankan di Pusat Internet, petugas mendapati adik Awang mula pandai menggunakan komputer dan tidak kekok menggunakannya. Sebagai contoh dalam Latihan Menaip Microsoft Words, beliau semakin mahir menaip teks yang diberikan dan ini disaksikan sendiri oleh petugas yang mengajar beliau. Petugas Pusat Internet amat berbangga melihat perubahan beliau yang ketara daripada tiada asas sehingga mahir menggunakan komputer.
 
Apa Yang Dipelajari Melalui PI?
Melalui pembelajaran di Pusat Internet,adik Awang telah mahir dalam penggunaan komputer seperti Microsoft Office dan cara-cara mendapatkan maklumat melalui internet.
 
Bagaimana PI Membantu Meningkatkan Tahap Kemahiran ICT?
Pi1M membantu dalam meningkatkan tahap kemahiran ICT melalui Kelas Latihan ICT seperti berikut Kelas Asas Microsoft Words, Kelas Asas Microsoft Powerpoint dan Kelas Asas Komputer & Internet.