mcmc
Laporan Aktiviti

Program Jiwa Komuniti MADANI Sembang Santai Peringkat DUN N.28 Lingga

Tarikh : 20 Oktober 2025
Masa : 8.00Am-11.00 Am
Lokasi : NADI Kg Baru Hilir Sri Aman
Peserta : Peringkat DUN N.28 Lingga

CERAMAH AI PERKUKUH KESEDARAN DIGITAL MASYARAKAT LUAR BANDAR

SRI AMAN, 20 Okt – Pendedahan terhadap teknologi Kecerdasan Buatan (AI) kini menjadi keutamaan dalam membentuk masyarakat celik digital seiring kemajuan arus Revolusi Industri 4.0.

Hal ini dizahirkan melalui ceramah khas bertajuk “Kecerdasan Buatan (AI) dan Impaknya Terhadap Komuniti)” yang disampaikan oleh Penolong Pengarah Bahagian Perkhidmatan Komunikasi dan Pembangunan Masyarakat, Jabatan Penerangan (JaPen) Sarawak, Encik Robin Junang, sempena Program Sesi Libat Urus Bersama NADI JIWA@Komuniti Madani Sembang Santai yang berlangsung di NADI Kampung Baru Hilir, Sri Aman, hari ini.

Dalam ceramah tersebut, beliau menekankan bahawa AI bukan ancaman, sebaliknya merupakan peluang besar yang boleh dimanfaatkan untuk meningkatkan kecekapan, memperluas akses maklumat serta memperkasa ekonomi komuniti luar bandar.

“Masyarakat perlu memahami bagaimana AI berfungsi supaya kita tidak mudah terpedaya dengan maklumat palsu atau manipulasi digital, tetapi mampu menggunakannya untuk manfaat bersama,” jelas beliau.

Ceramah tersebut turut menyentuh aplikasi AI dalam pelbagai sektor termasuk kesihatan, pendidikan, keusahawanan dan komunikasi sosial, di samping menekankan peranan pusat NADI sebagai hab literasi digital yang mendekatkan rakyat dengan teknologi masa depan.

Program yang bermula jam 10.00 pagi itu turut merangkumi pengisian seperti ‘Kenali NADI’, pemeriksaan kesihatan percuma, pendaftaran ahli NADI, serta pendaftaran MyDigital dimana sesi penerangan mengenai program tersebut disampaikan oleh Encik Abdul Hadi Abbas, Pengurus Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Kampung Baru Hilir.

Inisiatif seperti ini membuktikan komitmen JaPen dan NADI dalam menyokong aspirasi Malaysia Madani, khususnya dalam menjadikan masyarakat luar bandar lebih celik teknologi, berdaya saing dan bersedia menghadapi cabaran era digital.

https://kgbaruhilir.nadi.my/galeri-program-jiwa-komuniti-madani-sembang-santai-peringkat-dun-n-28-lingga/